Monday 28 October 2013

Penyusuan Semasa Hamil @ Tandem Nursing


Alhamdulillah saya mengandung lagi... Sekali lagi Allah S.W.T beri rezeki kepada kami...




Cuma yang menjadi kerisauan saya Qurratul Aini masih lagi Breastfeeding... Ramai juga yang menyuruh saya berhenti menyusukan Ain.. Ada yang memberitahu takut nanti saya gugur, baby tak kurang zat, baby tak cukup makan dan banyak lagi...

Tetapi saya tak sampai hati untuk berhenti menyusukan Ain apatah lagi berhenti secara mendadak.. Bayangkanlah, bila saya balik kerja mesti dia nak breastfeed. Belum sempat saya letak beg, dia dah merengek nak menyusu walaupun abahnya baru je lepas bagi susu formula. Bila malam pula lagi parah, memang sentiasa nak menempel...

Dalam hati risau juga takut akan menjejaskan kandungan saya. Memandangkan saya masih belum berkesempatan untuk membuat buku kehamilan, saya mencari kekuatan dengan mencari maklumat mengenai penyusuan semasa hamil di Internet..


Alhamdulilllah..Rupa-rupanya ramai yang berkongsi pengalaman menyusukan anak ketika hamil tanpa sebarang masalah.. Penyusuan ketika hamil ini juga dikenali sebagai TANDEM NURSING.


Beberapa perkara juga perlu diketahui oleh ibu yang mengandung dan menyusu ialah:
  • Disebabkan perubahan hormon, nipple siibu semasa mengandung adalah lebih lembut ('tender'). Maka semasa menyusukan anak, nipple mungkin akan merasa sakit, pedih atau luka. 
  • Penghasilan susuibu mungkin akan terjejas sedikit.
  • Perubahan dalam rasa susuibu. Perubahan ini mungkin akan dikesan oleh anak yang menyusu. Ini adalah kerana semasa mengandung susuibu akan bertukar kepada colostrum. Colostrum adalah susuibu yang kaya dengan nutrisi, sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Mungkin ada anak menyusu akan berhenti menyusu pada masa ini, namun jika anak masih mahu terus menyusu, jangan risau tentang colostrum akan habis diminum. Colostrum akan terus dihasilkan sehinggalah keperluan kepada bayi baru lahir di penuhi. 
  • Dalam perjalanan menyusukan anak, badan anda mengeluarkan hormon yang dipanggil oxytocin. Oxytocin adalah hormon yang menyebabkan tindakan 'let down'. Ini adalah satu tindakbalas dimana susuibu akan keluar dari payu dara apabila nipple diransangkan. Oxytocin juga adalah penting semasa nak bersalin. Ia merupakan hormon yang penting untuk kontraksi (contraction) semasa nak bersalin. Terdapat kebimbangan oleh beberapa ibu, dimana jika menyusukan anak semasa anda hamil, oxytocin yang dihasilkan mungkin menyebabkan terjadinya kontruksi. 





Penyusuan ketika hamil tidak boleh diteruskan jika:
  1. Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  2. Pernah keguguran
  3. Mengalami pendarahan semasa hamil
  4. Positif GBS carrier


Saya bersyukur kerana saya tidak mempunyai masalah seperti diatas.. Saya berharap juga saya dapat terus breastfeed Ain sehingga umurnya 2 tahun dan baby dalam kandungan sentiasa sihat dan selamat sehingga lahir.. Doakan semuanya selamat ya.. Amin!! Wassalam.. :-)



No comments:

Post a Comment