Monday 15 July 2013

Breastfeeding Set Shaklee


BREASTFEEDING SET

Assalamualaikum....

Sebelum saya perkenalkan Breaastfeeding Set Shaklee ni, saya nak cerita cikitlah tentang khasiat susu ibu..


Kebaikan susu ibu kepada bayi antaranya ialah: 
  * Merupakan sumber Imunisasi pertama bayi
     - Alhamdulillah, sejak lahir sehingga hari ini (4bln lbh) baby Ain belum 
        pernah demam lg..
  * Mengurangkan Masalah Elergic dan Masalah Sistem Penghadaman
     - Baby Ain tidak ada mengalami sebarang alahan dan masalah penghadaman
  * Membekalkan Zat-Zat dan Sumber Nutrisi kepada Bayi
     - Baby Ain dah semakin babam.. :-) 
  * Membantu Perkembangan Otak Bayi (IQ)
     - Baby Ain dh berjaya training Abahnya, Selalu buat muka kesian kat 
       Abahnya untuk minta dukung,  Abahnya asyik kalah je.. Bila dapat 
       dukung senyum lebar, muka pun bangga je dan dia hanya akan buat
       begitu pada Abah dia je..
  * Dan banyak lagi..


Selain itu, Breastfeeding juga dapat memberi manfaat kepada Si Ibu, Antaranya ialah:
  # Membantu Mengecutkan rahim selepas bersalin
  # Mengurangkan pendarahan selapas bersalin (Darah Nifas cepat kering)
  # Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
  # Mengurangkan Risiko Kanser Payudara, Ovari dan Uterine
  # Mengurankan risiko Osteoporosis
  # Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin 
     (Jaga badan secara semulajadi)


Ha.. banyakkan khasiat susu ibu.. siap pakej anak dan ibu sekali... Anak sihat, Ibu pun Sihat..Bukan setakat  kajian sahaja yang menyatakan kebaikan susu ibu, malah didalam Al-Quran juga ada tertulis yang menyeru agar Si Ibu-Ibu menyusukan anaknya..

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)


And one more thing, bukan mudah juga nak bagi fully breastfeeding pada baby. Jika hati tidak kuat comfirm akan cari susu formula. Saya sendiri pun hampir mengalah.. Bahkan dah pernah terberi Baby Ain Susu Formula (nasib baik tak beri banyak). Tapi husband tidak putus asa bari semangat untuk breastfeeding.. Alhamdulillah,saya kembali berbreastfeeding dengan Baby Ain semula dengan bantuan Shaklee..

****Nak tahu bagaimana saya berkenalan dengan Shaklee, Sila klik disini:

Sebagai seorang ibu pasti kita ingin beri yang terbaik untuk anak kita begitu juga dengan saya.. Antara saat-saat yang paling bermakna pada seorang ibu ialah dapat menyusukan anaknya sendiri.. Indah sungguh saat-saat itu.. Dengan bantuan Shaklee, saya dapat mencapai matlamat saya untuk Breastfeeding Baby Ain..

So, Jika sesiapa yang mempunyai masalah seperti saya atau ingin breastfeeding tetapi susu tidak cukup... InsyaAllah, Shaklee boleh membantu.. Boleh pilih mana-mana Set mengikut kemampuan, Sebarang pertanyaan dan ingin dapatkan HARGA ISTIMEWA boleh email  saya azida1987@gmail.com atau call/sms/Whatsapp di no 017-2410789.

Bacis set


Set Booster 1

Set Booster 2

Super Duper Booster








Thursday 11 July 2013

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah.. Bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang mulia.. Rasanya baru sahaja lagi kita menjalani ibadah puasa pada tahun yang lalu... 


Saya sangat teruja dan bersemangat nak sambut bulan Ramadhan tahun ini kerana bermulanya saya menyambut Ramadhan dengan suami tercinta dan baby Ain tersayang saya..Almaklum lah, sebelum ini duduk berjauhan... Suami dekat Sabah, saya pula dekat Nilai... 

Bukan setakat itu sahaja, tahun ni juga tahun pertama saya ber 'SHAKLEE' di bulan Ramadhan... Senang je nak bershaklee di bulan Ramadhan ni, sahur saya ambik ESP dan Performance Drink, lepas berbuka saya ambik Alfafa dan B-Complex...

Kesannya amatla ketara pada saya, Stok susu untuk Baby Ain tersayang saya sentiasa cukup, sentiasa dh "get Ready" untuk Baby Ain tersayang...hehe  Selain tu, badan pun tak rase letih..Balik dari keje, solat kejap pastu terus pergi bazar sambil mendukung Si Baby Ain, saya still relax je, cuma lenguh tangan je sebab mendukung si kenit yang dah makin babam..

So, kalau ada sesiapa yang nak bertenaga seperti saya , jomlah la join saya bershaklee di Bulan Ramadhan ni... Nak dapat harga istimewa dari saya SMS/WHATSAPP "CTP" ke NO 017-2410789




SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA....  :-)

Thursday 4 July 2013

Saya Pengedar Shaklee yang sah

Setelah hampir sebulan guna produk shaklee, Akhirnye saya telah menjadi Pengedar Sah Shaklee..







So, lepas ni kalau ada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya masalah seperti saya atau mahu mencari produk kesihatan yang sesuai, boleh hubungi saya... InsyaAllah... saya akan usaha membantu pada yang memerlukannya..

BAGAIMANA SAYA BOLEH KENAL PRODUK SHAKLEE NI?

Semuanya bermula semasa saya baru lahirkan Nur Qurratul Aini.. Selepas beberapa hari Ain lahir, Nurse yang datang check kat rumah suruh pergi klinik untuk check up Ain.. Bila dapat result, Jaundis Ain tinggi iaitu 304...  Doktor beritahu nak Ain cepat elok mesti bagi breastfeeding Ain dalam Sejam sekali.. Doktor juga suggestkan shaklee untuk banyakkan susu dalam badan... Tapi masa tu baru tahu nama je, tak tahu lagi macam mana bentuk dan rupa shaklee ni...

Lepas dapat tahu pasal shaklee ni, cuba la juga cari pengedar shaklee... tapi tidak berjaya... Maka, saya tawakal sahaja untuk usaha bagi freastfeeding kt Ain... Alhamdulillah, Akhirnya Ain Sihat....

Walaupun Ain dah sihat, saya masih lagi mencari pengedar shaklee sebab masa tu saya bimbang bekalan tidak cukup untuk Ain bila saya dah mula kerja.. Setelah Puas mencari akhirnya saya dapat juga beli breastfeeding set shaklee.. Tapi masa tu saya just order trial pack sahaja...


 


Tak sampai seminggu saya gunakannya, Sudah nampak perubahan pada saya.. Jika sebelum ini, pump hari ini cukup-cukup sahaja untuk hari esok...  Now, bila pump boleh spare untuk dua hari.. Alhamdullah.. masa tu rasa lega sangat sebab tak perlu risau susu tak cukup, tak perlu lagi nak kelam kabut balik sebab nak bagi susu kat Ain...

Bila satu problem dah sattle, timbul pulak satu lagi masalah.... Start sahaja kerja, badan asyik letih sahaja.. Balik kerja dah tak larat nak buat kerja rumah...Dalam hati dah fikir, 'tak boleh jadi ni, sampai bila nak macam ni...'

So, saya try search produk-produk yang boleh bagi tenaga dan tak beri kesan sampingan pada baby.. Cari punya cari, tanya jangan cakaplah.. berduyung- duyun soalan saya bagi.. Akhirnya saya pilih ESP...




Saya order ESP dari page facebook breastfeeding heaven dan terus jadi ahli group tersebut...Alhamdulillah, bila guna ESP, badan dah tak letih seperti sebelum ini... Semenjak join group tersebut banyak ilmu dan maklumat yang saya dapat.. semakin lama semakin saya rasa seronok.. Melalui pembacaan dan testimoni pengguna shaklee, Akhirnya saya rase produk ini yang sesuai untuk saya dan Ain.. Maka, akhirnya saya menjadi ahli shaklee dengan bantuan upline saya iaitu Khadeejah hasmad...

Dengan pengalam yang saya pernah lalui ini, saya harap bermanfaat untuk rakan-rakan yang membacanya...

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi/sms/whatsapp saya di No 017-2410789